Siput Cone ini sekali pandang nampak tidak berbahaya. Akan tetapi, siput ini mempunyai bisa yang boleh membunuh dalam masa 4 minit sahaja. Mulut siput ini tajam serta boleh menembusi baju selam yang tebal. Memang bahaya. Mangsa yang terkena racun siput ini akan mengalami lumpuh. Saraf-saraf tidak akan berfungsi akibat racunnya yang merebak dengan cepat. Kepada anda yang mempunyai hobi mengutip cengkerang siput. Berhati-hatilah sekiranya berjumpa dengan siput seperti yang akan XO paparkan di bawah.
Showing posts with label siput. Show all posts
Showing posts with label siput. Show all posts
Saturday, January 29, 2011
Monday, January 3, 2011
SIPUT TERBESAR
XO mahu kongsi gambar di bawah yang menunjukkan siput jenis ‘African Giant’. Siput ini dikenali dengan nama ‘Giant Ghana’ kerana ia tinggal di dalam hutan Ghana, Afrika. Cengkerang siput ini boleh membesar sehingga 18cm panjang dan 9cm diameter. Selain itu, siput ini juga bertelur sebanyak 12,000 telur setahun dan ia menyebabkan kesukaran bagi siput jenis lain untuk membiak di habitat siput gergasi ini. Siput gergasi ini memusnahkan (memakan) 500 jenis tumbuhan dan turut memakan stucco dan cat pada dinding rumah. Jom layan!!!
Sumber: planetoddity
Subscribe to:
Posts (Atom)


















