Follow us please..

Showing posts with label ular. Show all posts
Showing posts with label ular. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

ULAR ANACONDA YANG JINAK

Percayakah anda ular boleh dijinakkan? Tak percaya? Tanya kanak-kanak dari negara Filipina ini!




Sunday, March 27, 2011

CARA ORANG ASLI AFRIKA MENANGKAP ULAR

Beginilah cara orang asli di Afrika menjerat ular sawa untuk santapan malam. XO mahu pegang ular pun tak berani, lagilah umpan ular guna tangan (hanya bersalut kulit kambing). Waaaa (menangis takut sambil berlari..).










Sumber: amazinggila

Friday, March 4, 2011

ULAR MAKAN ULAR

Jarang sekali kita melihat ular makan ular. Tetapi kali ini XO ingin kongsikan kepada pembaca-pembaca semua aksi ular makan ular. Mari kita saksikan.







Tidak sangka ular juga akan memakan "saudara" nya sendiri. Pelik.

Sumber : Buaya-Merah

Friday, February 25, 2011

PENEMUAN ULAR BERKAKI

Duan Qiongxiu telah menemui ular ini di dalam  bilik tidurnya. Beliau ketakutan dan telah memukul mati ular ini dengan kasutnya. Setelah mati barulah beliau perasan yang ular ini mempunyai kaki berkuku seperti cicak. Beliau terkejut dan keesokan harinya bangkai ular tersebut telah dihantar ke West Normal University (Nanchang) untuk kajian. Wow.. aneh sungguh!





Friday, December 31, 2010

KOLEKSI GAMBAR ULAR

Terkejut XO!!! Gambar di bawah bukanlah lukisan atau ular buatan??? Gambar-gambar di baawah adalah hasil seni fotografi Guido Mocafico. Apabila melihat cara penyusunan ular-ular yang serupa, XO ingat lukisan. Kagum sungguh XO kepada beliau kerana dapat mengambil gambar-gambar di bawah dengan begitu sempurna. Jom layan!!!

















Sumber: mocafico, fungur

Monday, December 13, 2010

ULAR GERGASI


XO amat tertarik dengan teori penduduk di kawasan hutan Amazon bahawa ada Anaconda Raksasa yang jauh lebih besar dari yang pernah kita lihat sebelum ini. Anaconda biasa berukuran lebih dari 5.21 meter beratnya (97.5kg). Manakala ular gergasi memiliki panjang 40 meter dengan diameter badan 2 meter lagi besar berbanding dengan Anaconda biasa. Paling mengejutkan adalah kejadian ini berlaku bukanlah di Amazon sahaja tetapi ianya juga berlaku di tempat lain.

Gambar ini diambil ketika semasa Sibu dilanda banjir
Gambar ini telah di ambil di sungai Baleh, Borneo
Gambar keratan akhbar daily ekspress pada 26 Mac 2010. Bahagian ekor ular sawa tersebut masih menyentuh paras tanah walaupun diangkat ke atas oleh jengkaut.

Ular ini dari spesis ular sawa batik telah di jumpai oleh kontraktor yang menjalankan pembersihan pembukaan kawasan tanah di Jalan Dam. Ular itu dipercayai mati apabila kepalanya terkena jengkaut yang digunakan di situ. Namun begitu kesahihan perkara ini tidak dapat disahkan kerana perkara itu dikatakan berlaku pada bulan Febuari dan berita tentang kejadian ini hanya diperolehi daripada maklumat orang ramai yang pernah menyaksikan gambar tersebut. Apa yang merisaukan orang ramai ialah masih ada pasangan yang mendiami kawasan tersebut.

Sumber2.bpcryptomundo1.bp4.bp