Follow us please..

Showing posts with label kaya. Show all posts
Showing posts with label kaya. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

BOLEH JADI JUTAWAN DENGAN JUAL CICAK

Baru-baru ini, XO ada terbaca post mengenai Cicak Tokek di nonimanja. Para pembaca tahu mengenai cicak ini? Cicak ini dikenal sebaga Cicak Tokek (Tokay Gecko). Ia tinggal di pokok-pokok di hutan tropika (seperti di Malaysia). Para pembaca tahu apa yang special tentang cicak ini? Haaa.. kulit, daging dan hempedunya boleh mengubati pelbagai jenis penyakit termasuklah HIV. Sebab itulah harganya melambung tinggi walhal ia hanyalah cicak biasa (yang dahulanya kita lastik dan tak pernah kita rasa ia bernilai). Cicak Tokek yang paling bernilai adalah yang berbintik merah dan diikuti oleh yang berbintik hijau (yang lain XO tak habis kaji lagi). Dengar cerita ia melambung kerana mendapat permintaan tinggi dari negara China dan Jepun. Jom layan!!!

Harga cicak tokek (Oktober 2010)
400 gram - RM 500,000
500 gram - RM 1,000,000
600 gram - RM 2,000,000
700 gram - RM 3,000,000
800 gram - RM 4,000,000
900 gram - RM 5,000,000
1000 gram - RM 6,000,000 dan ke atas








Tuesday, January 25, 2011

PENJARA UNTUK ORANG KAYA

Penjara adalah tempat untuk penjenayah-penjenayah. Bagaimana jika penjenayah itu adalah orang ternama ataupun orang yang kaya? Adakah nasibnya sama seperti penjenayah-penjenayah biasa ditempatkan? Jika di Australia tidak sama sekali. Di sana orang kaya yang dipenjarakan ditempat di tempat yang lebih selesa berbanding orang biasa. Penjara ini bernama justizzentrum yang terletak di Sytria, Australia. Mari kita saksikan tempat yang macam mana XO maksudkan.










Waaaahhhhhhh sungguh cantik penjara ini. Lengkap dengan bermacam-macam kemudahan. Rumah XO pun tidak selengkap penjara ini. Betapa untungnya orang kaya di Australia. Lakukan jenayah pun masih dilayan baik. Untung-untung.

Sumber : Borakkosong

Tuesday, January 4, 2011

PENSEL SEMPURNA ORANG KAYA


XO terjumpa satu pensil yang paling mahal didunia dan setakat ini tiada pensil lain yang boleh tandingi harga dan kualiti pensil ini. Pensil hebat yang XO katakana ini ialah pensil Faber Castell. Produk-produk pensilnya adalah yang termahal didunia. XO ada sekali ternampak depan mata XO sendiri antara pensil yang termahal ini. ‘The Perfect Pencil’ adalah nama bagi pensil yang mahal ini dan XO sudah cukup bangga melihatnya.






XO memang tidak akan mampu membelinya sampai bila-bila. Harganya ada yang mencecah sehingga $20,000. XO sampai tergamam melihat harganya. Memang pensil yang sangat mahal. Pensil ini hanya ada 99 batang sahaja di seluruh dunia dan dua per tiga daripadanya telahpun dijual.




Siapalah yang mahu beli pensil semahal itu. Hanya mereka yang kaya raya sahaja dapat milikinya. Sudah cukup XO berangan untuk memiliki pensil itu, tiba masa XO kembali ke dunia nyata. XO hanya mampu beli pensil biasa macam gambar di bawah ini. Sekian dan salam XO.