Follow us please..

Showing posts with label burung. Show all posts
Showing posts with label burung. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

KOLEKSI GAMBAR BURUNG HANTU TERTAWA

Wahh! Betulkah burung hantu (owl) boleh ketawa? Uniknya! XO pun tak pernah tahu (macam menguap sahaja).























Sumber: looneynature

Saturday, March 26, 2011

BURUNG MERPATI YANG MALANG

Inilah kali pertama XO melihat burung merpati menjadi mangsa seekor burung bangau. Memang mengejutkan. XO telah memaparkan gambaran menunjukkan kejadian tersebut. Sama-samalah kita saksikan.





Thursday, March 17, 2011

BURUNG PALING BERBAHAYA DI DUNIA

Pernahkah pembaca-pembaca mengetahui burung apakah yang paling bahaya didunia? Burung Pipit? Burung Helang? Burung kakak Tua? Burung Gagak? Burung Kamu? (Hahaha). Sebenarnya burung yang paling bahaya didunia adalah Burung Camar. Menurut Guinness Book of Records, burung Camar adalah  yang paling berbahaya di dunia. Burung Camar ini mampu menghadapi pukulan yang fatal. Mereka sangat tidak boleh diganggu, makhluk yang agresif, terutama jika luka. Mari kita saksikan gambar burung Camar ini.








Sumber : Mran3238

Tuesday, March 8, 2011

BURUNG MERAK PUTIH

Pernahkah anda melihat burung merak seperti yang akan XO paparkan sebentar lagi. Memang cantik bagi sesiapa yang melihatnya. Sama-samalah kita saksikan.












Thursday, February 10, 2011

AKSI PASANGAN BURUNG YANG MEMBUAT MANUSIA MENANGIS

Mari kita saksikan gambar aksi pasangan burung ini.

Ini adalah seekor burung betina yang terkapar dengan tubuh yang parah

Datang pasangan jantannya membawa makanan dengan penuh kasih sayang

Tidak lama kemudian, burung betina itu mati terkulai dan burung jantan itu terkejut dan cuba untuk mengangkatnya.

Burung jantan itu mula menyedari bahawa kekasihnya telah mati. Ia kemudiannya 'menangis' dihadapan jasad kekasihnya yang dicintai.

Sambil berdiri disisi jasad kekasihnya sambil 'berteriak' dengan nada yang sangat menyedihkan seakan-akan meratapi pemergian kekasihnya itu.

Akhirnya ia mula sedar bahawa pasangan yang dicintai itu telah pergi meninggalkanya dan tidak mungkin akan kembali kepadanya buat selama-lamanya. Ia berdiri disamping jasad kekasihnya itu sambil merenung kekasihnya itu dengan penuh kesedihan dan duka. (perhatikan wajahnya)

Gambar burung ini diambil di suatu tempat di wilayah Republik Ukraine. Jutaan orang di Amerika dan Eropah menitiskan air mata apabila melihat gambar-gambar ini. Termasuk XO. Dan mungkin juga pembaca-pembaca semua.

Sumber : borakkosong