Follow us please..

Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

IKAN EMAS SEBENAR

Kebiasaannya ikan emas bermacam-macam warna pada badannya. Tiada sikit pun warna emas pada badannya. Tetapi di Taiwan terdapat seekor ikan emas yang badannya berwarna seakan-akan warna emas tulen. Pemilik ikan emas ini adalah seorang pengusaha yang kaya. Katanya jika sesiapa memiliki ikan ini dia akan kaya mendadak. Mari kita saksikan.





Waaahhhhhh memang warnanya kelihatan seperti emas tulen. XO hendak beli seekor ikan emas ini. Berapa lah harganya kan.

Sumber : borakkosong

Friday, March 11, 2011

IKAN BERENANG TERBALIK

XO ingin kongsi kepada pembaca-pembaca semua tentang sejenis ikan yang berenang terbalik. Ikan ini diberi nama Synodontis. Ikan ini ditemui di daerah Sungai Nil, Benua Afrika. Ikan ini tergolong dalam golongan "Catfish".  Nama ikan ini (Synodontis) berasal dari bahasa Yunani, iaitu Syn bermaksud bersama dan Odon bermaksud gigi. Mari kita saksikan gambar-gambar ikan Synodontis ini.





Sumber : borakkosong

Wednesday, February 23, 2011

18SG! DISERANG IKAN BARRACUDAS

Seorang budak perempuan berusia 14tahun telah diserang ikan jenis barracudas di atas kapal layar miik keluarganya. Dia mendapat 15 jahitan pada luka yang digigit oleh ikan tersebut. XO telah memaparkan gambaran menunjukkan kejadian tersebut.






Thursday, January 20, 2011

IKAN BERJALAN

Kebiasaanya kita semua tahu bahawa ikan berenang. Tetapi kali ini XO ingin berkongsi kepada pembaca-pembaca semua jenis ikan yang berjalan. Ikan ini berjalan seperti binatang yang berada di darat. Ikan ini besarnya hanya 4 inci atau bersamaan dengan 10cm. Kerana para saintis tidak dapat mengenal pasti ikan ini adalah spesis apa, jadi mereka telah sepakat untuk mengelar ikan ini "Hand fish". Mari kita saksikan ikan yang aneh ini.





Sumber : borakkosong

Friday, January 14, 2011

BAHAYA SPA IKAN

Baru hari ini XO mengetahui bahawa SPA mengunakan ikan boleh menyebarkan penyakit berbahaya. Kementerian kesihatan UAE telah membuat kajian secara terperinci dan hasilnya positif. Mereka telah memberi amaran kepada rakyat supaya tidak membuat rawatan kaki serta kulit alternatif ataupun kosmetik dengan mengunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar-gambar di bawah sebagai penawar. Ini kerana ia boleh menyebarkan Virus Hepatitis dan HIV. Sama-samalah kita renungkan.





Sumber : baihaqi

KEWUJUDAN OARFISH

Oarfish atau lebih dikenali dengan nama ribbonfish adalah makhluk laut dalam yang boleh membesar sehingga 50 kaki (15 meter) panjangnya dan berat sehingga 600 pon (272 kg). Ianya hidup pada kedalaman antara 66 kaki hingga 1000 kaki. Ianya boleh dilihat dipermukaan air apabila ia dalam keadaan sakit atau hampir mati. Oarfish tidak mempunyai sisik dan ianya tidak boleh dimakan kerana dagingnya gelatin. XO telah melampirkan gambar-gambar menunjukkan kewujudan ikan tersebut.









Wednesday, January 5, 2011

IKAN DIBEDAH

XO terkejut membaca artikel mengenai pembedahan seekor ikan yang telah berjaya. Ikan tersebut bernama Charles dan berusia 10 tahun. Ikan tersebut tinggal di London Aquarium. Sedikit masa lalu, ikan tersebut didapati mempunyai Hernia (usus terkeluar) di dalam badannya. Oleh itu, sebuah operasi pembedahan dijalankan. Kos pembedahan tersebut ialah $ 1,000. Semasa pembedahan ikan tersebut dibantu dengan bantuan pernafasan iaitu air beroksigen dibekalkan ke mulut ikan tersebut. Selepas pembedahan selesai, ikan tersebut hidup dan kembali berenang seperti ikan lain.

Membekalkan oksigen kepada ikan
Membius ikan
Menjahit permukaan yang dibedah
Kesan jahitan
Setelah mengalami pembedahan
Sumber: funzu