Follow us please..

Showing posts with label kejam. Show all posts
Showing posts with label kejam. Show all posts

Friday, February 25, 2011

NEGARA CHINA PEMBEKAL DAGING KUCING TERBESAR

Merujuk kepada sejarah daging kucing telah dijadikan makanan sejak berkurun lamanya di China Selatan dan Vietnam (bertujuan memanaskan badan ketika musim salji) dan Korea (bertujuan sebagai penawar pening kepala yang teruk). Ia diproses menjadi 'meatball' sebelum dihidang dan dimakan. Sehingga hari ini, daging kucing masih aktif diimport oleh negara-negara di Asia dan Eropah Timur. Teruknya, ada juga orang makan kucing. Sedihnya, kasihan kucing-kucing tersebut (huhu..). Bagi orang China dan Korea, kucing adalah makanan yang tak pelik. Daging kucing ini sentiasa ada dijual di pasar-pasar umum mereka. Tapi XO peliklah, kenapa banyak sangat permintaan terhadap daging kucing ini (banyak yang disembelih). Orang China dan Korea tak sayang kucing ke? Sampaikan boleh order daging kucing online (huhu..).
















Sumber: justsickshit

Tuesday, February 15, 2011

KEKEJAMAN TERHADAP ITIK

Sebelum ini XO pernah kongsikan kepada pembaca-pembaca semua tentang kekejaman yang dilakukan terhadap haiwan seperti contoh kucing dan lain-lain. Tetapi kali ini XO ingin kongsikan kepada pembaca-pembaca semua kekejaman yang dilakukan oleh seorang wanita terhadap itik. Mari kita saksikan.




Pehhhhhhh memang manusia ini tidak patut digelar manusia. Tidak mempunyai sifat keperimanusiaan. Masih boleh tersenyum perempuan ini. Tidak rasa bersalah pun. Geram pulak XO rasa dengan perempuan ini.

Sumber : borakkosong

Thursday, February 10, 2011

ULAR SAWA YANG MALANG

Kali ini XO ingin berkongsi gambar ular yang malang ini. Bangkai ular ini dijumpai oleh dua ekor harimau bintang. Memang malang ular ini, sudah mati dijadikan permainan harimau tersebut. Sama-samalah kita saksikan.


   




Wednesday, February 9, 2011

18SG! PENGEBUMIAN KEJAM

Kebiasaanya pengebumian dilakukan dengan cara menanam mayat itu di dalam tanah. Tahukah anda? Penganut agama farsi di Tibet dan India mempunyai cara pengebumian mayat yang pelik serta kejam. Apabila seseorang itu sudah tua atau uzur, mereka akan berpindah ke suatu tempat penginapan di atas bukit yang tinggi dari kawasan daratan yang lain dan mereka akan tinggal sehingga sampai ajal mereka di sana. Setelah itu, sami dalam agama itu akan membuka pakaian mayat itu serta memotong bahagian-bahagian badan untuk dihidangkan kepada sekumpulan burung hering. Mereka percaya bahawa syurga itu berada di atas langit. Dengan itu, burung yang memakan daging mayat mereka akan membawa roh mereka terbang ke syurga. Di bawah, XO telah paparkan gambaran menunjukkan cara mereka membuat pengebumian mayat. Sama-samalah kita saksikan.









Tuesday, January 18, 2011

BERUANG MANGSA KEKEJAMAN

Tahukah anda? Di England pada abad ke-19, telah diadakan satu acara iaitu mengumpan beruang. Beruang itu di ikat dengan rantai serta di buang taring dan kukunya. Malah ada juga yang membutakan mata beruang ini. Mereka berbuat demikian adalah untuk melemahkan beruang itu. Selepas itu, mereka melepaskan beberapa ekor anjing untuk menyerang beruang itu. Kejamnya...inilah kekejaman manusia. Bagi untuk menghiburkan penonton haiwan lain yang menjadi mangsa kekejaman. Memang tiada perikemanusiaan. Di sini XO telah memaparkan gambar-gambar menunjukkan aktiviti kejam manusia. Sama-samalah kita saksikan.








Beruang ini parah digigit anjing
Sumber : elizabethan-era

18SG! HENTIKAN KEKEJAMAN BINATANG!


Kita sering lihat setiap hari di tepi jalan ada binatang liar. XO kesian tengok binatang yang terbiar. Mereka juga ada nyawa. Cuba bayangkan kalau satu hari anda semua jadi macam mereka, terbiar dan tiada tempat untuk berteduh.







Kalau anda semua melihat binatang ditepi jalan janganlah berlaku kejam kepada mereka, ingat yang suatu hari ia mesti akan kena pada kita. Selagi ia tidak menyerang kita janganlah buat apa-apa pada mereka. Kalau baik hati bagi sedikit makanan ataupun tempat berteduh. Sekarang ini banyak berlaku kejadian ini, bukan sahaja bagi binatang yang liar tapi juga bagi binatang peliharaan.






Untuk elakkan benda ini berterusan XO ada bagi senarai organisasi yang boleh membantu mereka dibawah ini. Ingat, hentikan kekejaman terhadap binatang.