Follow us please..

Showing posts with label ulat. Show all posts
Showing posts with label ulat. Show all posts

Friday, March 4, 2011

SERANGAN ULAT YANG DAHSYAT

XO tak tahulah macam mana ulat-ulat ini boleh buat sarang pada kereta yang sedang parking ini. Ini macam ulat yang ada di pet shop kan? Ala yang buat bagi makan ikan atau cicak lah. Apa-apa pun, geli pula XO tengok gambar-gambar. Siapalah tuan punya kereta yang malang ini. Kalau XO punya kereta, XO terus bagi orang lain sahaja.






Sumber: sciencehax

Thursday, January 20, 2011

ULAT BULU PUN BERKONVOI

Kebiasaanya mat-mat rempit yang berkonvoi. Tetapi kali ini XO ingin berkongsi kepada pembaca-pembaca semua ulat bulu yang berkonvoi. Mari kita saksikan bagaimana rupanya ulat bulu berkonvoi.




Waaaahhhhhhh lurusnya barisan. Kalau lah orang-orang yang konvoi itu barisannya lurus seperti ini, alangkah cantiknya. Gambar ini ditangkap oleh Jamie Rooney di Taman Nasional Kruger yang terkenal di Afirika Selatan. Tahniah kepada ulat bulu kerana berkonvoi dengan kemas. 

Sumber : borakkosong

Thursday, December 16, 2010

18SG! ULAT DALAM KEPALA

Sedang XO mencari ‘post’ baru, XO terpandang gambar seorang warga emas yang dibedah kepalanya. XO mencari maklumat lanjut mengenai gambar tersebut lalu menemuinya di beberapa buah blog.

Warga emas tersebut bernama Shota Fujiwara dan berasal daripada negara Jepun. Beliau adalah penggemar Sushi & Sashima sejak daripada kecil lagi. Sehinggalah dalam lingkungan umur 60 tahun, beliau telah merana akibat sakit dalam kepala yang didakwanya migrin. Setelah tiga tahun lamanya menanggung kesakitan dan mengalami Psychomotor Retardation, beliau mengalah dan berjumpa doktor. Lalu doktor menjalankan X-ray untuk memastikan apa penyakit yang dihadapi oleh beliau. Doktor terperanjat apabila terdapat benda-benda kecil yang dipercayai ulat di kepalanya, tetapi bernasib baik kerana ia masih tidak menembusi tempurung kepalanya.

Doktor terus melakukan pembedahan untuk membersihkan kepala encik Shota.



Pasti para pembaca tertanya-tanya dari mana datangnya ulat-ulat tersebut. Sebenarnya ulat-ulat tersebut datang daripada pemakanan encik Shota iaitu gemar memakan Sushi & Sashima yang mentah. Ulat-ulat tersebut mungkin datang daripada daging ikan dan makanan laut lain yang tidak dimasak terlebih dahulu. Sepatutnya, setiap makanan yang mentah hendaklah dimasak pada suhu 100 darjah celsius dan dibekukan pada 0-4 darjah celsius untuk mematikan kuman dan ulat yang sedia ada di dalamnya.

Oleh itu, nasihat XO kepada penggemar Sushi & Sashima, berhati-hatilah ketika mahu menjamah. Pastikan makanan tersebut betul-betul masak dan selamat dimakan.