Para saintis di University of Leeds telah mencipta sebuah mesin basuh bernama Xeros yang melakukan pembasuhan hanya menggunakan satu cawan air. Ia dapat menjimatkan pengunaan air secara berlebihan. Teknologi Xeros ini telah dicipta oleh Profesor Stephen Burkinshaw. XO telah memaparkan gambaran menunjukkan mesin Xeros tersebut. Sama-samalah kita saksikan.
Showing posts with label baru. Show all posts
Showing posts with label baru. Show all posts
Monday, March 28, 2011
Sunday, February 27, 2011
BERKEMAH CARA BARU
XO tak fahamlah kenapa orang-orang ini sanggup berkemah dengan cara ini dan turut membahayakan diri. Mungkin ini trend baru berkemah. Tengah panjat gunung pun boleh berkemah. Kalaulah tiba-tiba ingin berhajat macam mana pula? Ada yang siap boleh gosok gigi dan santai-santai lagi. Macam-macamlah orang zaman sekarang.
Sumber: foolishmind
Friday, January 7, 2011
BEZA LAMA DAN BARU
XO tiba-tiba teringat telefon bimbit lama Xo masa zaman sekolah dulu. Memang tahan lasak berbanding dengan telefon bimbit sekarang. XO rasa yang makin lama memang makin canggih dan bermacam-macam jenis telefon bimbit ada,tapi tiada yang boleh lawan tahap lasak telefon bimbit lama seperti nokia 3310, 1100, 2100, 2300 dan lain-lain. Ada satu panggilan XO masih ingat untuk telefon lama ini.
Masa itu orang panggil telefon ‘baling anjing’. Orang selalu kata kalau baling dekat anjing, anjing yang mati bukan telefon. Tapi perumpamaan ini memang betul. Kalau telefon lama terjatuh berkecai masih lagi boleh guna. Bandingkan dengan telefon sekarang jatuh sedikit sahaja sudah mula buat hal. Kalau tak percaya cubalah.
Walaupun telefon sekarang makin canggih dan makin bertambah fungsinya, tapi bagi XO telefon lama lagi ‘user friendly’ dari telefon sekarang. Bagi XO yang penting telefon itu boleh mesej dan boleh telefon orang da cukup.
Lagi satu, dari segi kos penjagaan telefon lama lagi murah dari telefon sekarang. Anda sendiri boleh banding harga.
Tuesday, January 4, 2011
SOFA ERA BARU
Sofa yang juga anda semua kenal sebagai kerusi panjang adalah satu perabot yang mesti ada dalam rumah. XO rasa kalau tiada macam tidak lengkap. XO ingin kongsi sedikit rekabentuk sofa yang agak luar biasa dan lawa bagi XO. Ini pendapat XO, ntah macam mana pula anda fikir. Jom kongsi sama-sama.
Pening mata XO tengok semua sofa-sofa yang lawa ini. Tapi kena ingat pilih yang selesa, jangan pilih semata-mata ikut rekabentuk unik.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















































