Follow us please..

Showing posts with label merah. Show all posts
Showing posts with label merah. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

AIR TERJUN BERWARNA MERAH DI KANADA

Sebelum ini XO telah menceritakan tentang sungai berwarna hijau. Kali ini XO ingin berkongsi gambar tentang air terjun berwarna merah. Bagaimana ianya boleh berlaku? Kejadian ini berlaku di Cameron Falls, Alberta, Kanada. Air terjun ini bertukar menjadi merah akibat dari hujan lebat yang menyebabkan mendapan pada batu-batuan mengalir ke dalam kawasan air terjun dan mengakibatkan perubahan warna air itu. Sama-samalah kita saksikan.




Saturday, December 11, 2010

DURIAN MERAH


Kalau kita sama-sama lihat, tak ada apa yang pelik pada foto di atas ini. Cuma buah Durian biasa sahaja. Tetapi tahukah anda semua yang yang durian ini ada keluaran yang berwarna merah. XO tak tahulah kalau para pembaca ada yang tanam durian jenis ini di belakang rumah para pembaca. Bagi XO ini adalah penemuan baru sebab selama ini XO tak pernah jumpa durian warna ini.








Menurut kajian XO, durian yang berwarna merah ini hanya boleh didapati di Sabah, Malaysia sahaja. Selain itu, durian jenis ini lebih tidak berbau dan enak dijadikan Bubur Pulut Durian (DRIZAD, 2007). Terliur juga XO dibuatnya bila cerita tentang pulut durian ini. Tak sabar tunggu musim durian tahun depan.