Follow us please..

Showing posts with label kentang. Show all posts
Showing posts with label kentang. Show all posts

Monday, January 17, 2011

CARA MEMBUAT BUNGA ROS DARIPADA KENTANG

Ok kali ini Chef XO ingin berkongsi kepada pembaca-pembaca semua bagaimana membuat bunga ros daripada kentang. Kepada makcik-makcik dan kakak-kakak yang membaca post ini boleh mencuba resepi baru ini. XO sudah cuba, memang enak. Mari kita saksikan cara-caranya.

Mula-mula hiris kentang. Jangan terlalu nipis

Kemudian gulung kentang yang dihiris.

Hasil gulungan kentang harus lah seperti gambar di atas.

Kemudian cocok dengan batang lidi supaya gulungan tidak terbuka

Bentukan kentang yang dihiris itu menjadi seperti bunga ros

Hasilnya kelihatan seperti gambar diatas

Kemudian goreng. Jangan terlalu hangus.



Ini lah hasilnya. Boleh dijadikan sebagai hiasan dan juga boleh dimakan

Ini lah cara-caranya. Mari lah kita sama-sama mencuba resipi baru ini. Selamat mencuba ye.

Sumber : borakkosong

Wednesday, January 12, 2011

KENTANG UNTUK DIET

Kebanyakan manusia berpendapat bahawa kentang boleh menyebabkan seseorang itu gemuk. Padahal, menurut kajian British Journal of Nutrition menyatakan tanggapan itu tidak benar. Ini kerana ianya bergantung pada jenis dan cara penyajiannya. Kandungan kentang akan membuat anda kenyang lebih lama berbanding karbohidrat lain. Ia juga dapat menurunkan berat badan dengan sihat. XO melampirkan data menunjukkan kandungan kentang untuk para pembaca.
  • Kentang memiliki 26 kalori
  • Kentang bersama kulitnya memberikan 12% keperluan serat (amat penting untuk menurunkan berat badan)
  • Kentang juga dapat menurunkan tekanan darah
  • Kentang bersaiz sederhana akan memenuhi keperluan Vitamin C pada badan, juga Vitamin B, Potasium, serta Zat Besi



Kentang hendaklah di panggang ini kerana sekiranya ianya di rebus kandungan Vitamin C akan hilang. Pastikan kulitnya dibersihkan sebelum di panggang. Kentang goreng dan keropok kentang tidak termasuk dalam kentang yang sihat.

Sumber : vizuhailinamaya