Follow us please..

Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

POLIS WANITA YANG MEMPUNYAI HATI YANG MULIA

Post kali ini adalah sambungan bagi post ITIK YANG MALANG. Pada post yang sebelum ini, XO telah berkongsi kepada pembaca-pembaca semua tentang seekor ibu itik yang mempunyai nasib yang malang kerana kehilangan anak-anaknya hampir kesemuanya dalam masa beberapa saat sahaja. Kemudian hadirnya seorang polis wanita yang melihat situasi itu. Mari kita saksikan apakah yang dilakukan oleh polis wanita itu.









Waaaahhhhhh baiknya hati polis wanita ini. Sanggup turun ke longkang itu untuk menyelamatkan anak-anak itik yang terjatuh. Sifat seperti ini yang patut disemat di dalam diri kita. XO tabib kepada polis wanita ini.

Tuesday, December 21, 2010

STRAWBERRY BERBENTUK HATI

XO tertarik dengan kejayaan pemuda yang bernama Josh Engwerda 22, pelajar daripada Melbourne University in Engineering and Commerce. Beliau telah Berjaya menghasilkan Seduberries iaitu Strawberry yang berbentuk hati. Ilham dan konsep ini diambil olehnya daripada sebuah artikel dari Jepun mengenai Tembikai Petak.

Seduberries ini dihasilkan dengan menggunakan acuan ataupun ‘Mould’. Mould yang diguna oleh Engwerda telah dikilangkan dan diimport dari China. Selain, itu mould bagi Seduberries ini juga digunakan oleh Hillwood Strawberry Farm in north Launceston, Tasmania. Mould ini juga dapat menghalang buah daripada gangguan serangga perosak.

Josh Engwerda dan strawberi rekaannya

Strawberi atau Seduberries hijau ketika muda

Sedia untuk dipetik

Sedia untuk dijual dan dihadiahkan kepada kekasih hati anda