Follow us please..

Showing posts with label gum. Show all posts
Showing posts with label gum. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

TEMBOK GULA GETAH

Kita pernah mendengar tentang tembok besar China. Tapi kali ini XO akan berkongsi kepada semua pembaca semua tentang tembok gula getah. Tembok ini berada di Post Alley, United States. Tembok ini didirikan pada tahun 1990. Pada 1999 tembok ini sudah dipenuhi dengan gula-gula getah dan telah menjadi salah satu tempat yang menarik perhatian pelancong. Mari kita saksikan tembok gula getah atau dikenali sebagai 'The Seattle Gum Wall'. 













Waaaahhhhhh kagum XO tengok tembok ini. Geli pun ada jugak. penuh dengan gula getah. Sekali gus tembok ini boleh membantu masyarakatnya untuk menjaga alam sekitar. Bijak!

Sumber : odditycentral

Wednesday, December 22, 2010

KARYA SENI CHEW GUM

Kali ini XO ingin berkongsi kepada pembaca-pembaca tentang hasil karya seni dari Chew Gum. Kita semua selalu mengunyah Chew Gum tetapi tidak tahu daripada Chew Gum itu boleh menghasilkan satu karya seni. Menarik! Manusia zaman sekarang cukup kreatif pemikiranya. Mari XO ceritakan hasil karya seni itu.





Kreatif sungguh lelaki ini. Namanya ialah Ben Wilson. Ben Wilson sebenarnya pelukis dari London. Kerjanya ialah melukis pada gula-gula getah yang melekat di atas jalan. Menurutnya lagi, terdapat lebih kurang 300,000 serpihan gula-gula getah yang melekat dekat laluan pejalan kaki di bandar Oxford. Nasib baik Chew Gum yang bersepah di jalan. Cuba kamu bayangkan jika najis-najis yang bersepah di atas jalan. Persoalannya adakah Ben Wilson akan melukis pada najis-najis itu atau menghasilkan karya seni yang lain? jawapannya hanya ada pada Ben wilson sahaja. XO cuma bagi idea yang tidak seberapa bernas ini. 

Bagaimana pun XO kagum dengan Ben Wilson kerana idea dan pemikirannya yang kreatif. Sekali gus Chew Gum yang bersepah di jalan itu pada awalnya nampak geli atau pengotor tetapi sekarang dengan ada nya Ben Wilson, ia kelihatan menarik.

Ini adalah hasil seni Ben Wilson















Sumber : azizbos