Follow us please..

Sunday, December 19, 2010

KUCING BERNAMA HERO

Kali ini XO ingin berkongsi sebuah cerita sedih tentang kucing bernama 'Hero'. XO yakin kamu semua pernah membaca atau melihat video klip tentang 'Hero' ini di facebook atau die blog.





Yang berwarna oren putih itulah Hero. Hero adalah mangsa kekejaman manusia yang tiada sifat kemanusian dalam dirinya. Kisah ini berlaku pada Mei 2005, di mana kedua-dua kaki hadapanya telah dipotong oleh 'seekor manusia yang tidak berperikemanusiaan' hanya kerana mencuri seekor ikan di sebuah restoran bukan islam. 

Kerana sifat ehsan yang ada dalam diri, seorang lelaki yang mengelarkan dirinya 'Papa Hero' mengambil kucing ini untuk dibawa ke rumah. Dengan hanya membekal minyak gamat sahaja ketika itu untuk menyapu pada lukanya yang parah. Syukur kepada tuhan sebulan selepas kekejaman itu, lukanya semakin sembuh.

Dan sekarang 'Hero' sudah berjaya mengharungi hidupnya yang penuh dengan cabaran dan dugaan. XO sungguh kagum melihat ketabahan 'Hero' dalam mengharungi kehidupan di dunia yang serba kejam seolah-olah diri tidak diterima kehadiran sebagai makhluk tuhan.

'Hero' sekarang sudah mempunyai anak-anak yang comel. Ini adalah gambar anak-anak 'Hero'





Terima kasih kepada kakimotong kerana menceritakan penderitaan yang pernah di alami 'Hero'. XO akan mendoakan 'Hero' tabah untuk meneruskan kehidupan. Semoga berjaya 'Hero'

Sumber : aktechpage

2 comments:

Nurdiyana Yaccob said...

deqdeq mmg sedih sgt bila baca dan tonton video hero....mmg menangis la...

effatt's-music.blogspot said...

Bakor je kedai bangang yg potong kaki Heor tu....