Follow us please..

Wednesday, December 15, 2010

LELAKI PALING CANTIK DI DUNIA

Haaaa kebiasaanya kita semua kerap mendengar wanita sahaja yang cantik. Tetapi kali ini XO akan menceritakan tentang lelaki paling cantik di dunia. Mari kita lihat koleksi gambar lelaki yang XO maksudkan.








Sangat cantik kan lelaki ini. Kelihatan seperti seorang perempuan cantik yang asli. Kepada jejaka - jejaka diluar sana, kamu semua mesti terpikat apabila melihat gambar ini kan? Atau kamu sedang bergaduh dengan rakan kamu untuk berebutkan lelaki ini? Hati-hati kerana kamu sedang terpikat dan berebut kepada kaum sejenis kamu.

Nama lelaki ini adalah Reechada Petcharata atau nama perempuan nya Nong Poy Treechada. Lahir pada 1984. Nong Poy mula rasakan jiwa kewanitaan nya sejak dia dibangku sekolah. Hinggakan Nong Poy merasa dirinya lebih sesuai manjadi seorang wanita daripada menjadi seorang lelaki. Apabila berdepan dengan orang tuanya Nong Poy akan berkelakuan seperti seorang anak lelaki. Nong Poy membuat pembedahan kelamin apabila umurnya 17 tahun. 



Wow Nong Poy pernah memenangi Pertandingan Kecantikan ‘Miss Tiffany‘ pada umur 19 tahun iaitu 2 tahun selepas pembedahan kelamin. Bukan setakat pertandingan kecantikan, Nong Poy juga pernah  menjadi Miss International Queen (lady-boy) 2004. XO rasa peserta-peserta perempuan yang turut menyertai pertandingan itu malu kerana kalah dengan seorang lelaki. 

Yang XO kagum dengan Nong Poy ini, dia hanya melakukan pembedahan kelamin sahaja. Tidak pernah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya seperti wanita-wanita zaman sekarang. Kecantikan pada wajahnya adalah asli. 

Nong poy bersama dengan tunangnya

Bukan sekadar memenangi pertandingan ratu cantik, Nong Poy Treechada juga berjaya memenangi hati seorang aktor lelaki Thailand. Dan kononya dikatakan mereka sudah bertunang. Wow pada XO Nong Poy sudah berjaya menjadi seorang perempuan. 

Ini adalah gambar Nong Poy semasa kecil. Mari kita lihat. 



Kepada pembaca blog ini, XO ingin mengambil kesempatan untuk menasihati terutama kepada jejaka-jejaka melaya supaya berhati-hati kepada kecantikan yang anda lihat. Nasihat ini untuk diri XO juga. Maklum lah masih belum boleh mengawal mata. Sebelum itu XO ingin mengucapkan terima kasih kepada http://www.fcukz.co.cc/2010/04/gambar-lelaki-paling-cantik-di-dunia.html kerana menyelamatkan XO daripada terpikat dengan kecantikan Nong Poy. Sekian.

14 comments:

Ahmad Muzaffar =) said...

nice blog!! banyak info...pape pown,kalau letak shoutbox lagi menarek kowt??? :)

p/s : Nang Poy versi Malaysia ada x???nak gak tengok... :P

++sang wada++ said...

wow..!cutenye..mmg sesuai jd pompuan..

aye-na said...

lelaki macam ni kena makan macam2 pil utk kekalkn hormon 'wanita' kan? huhu..apa nk jadi..

Pemilik Blog said...

Operasi blogwalking ke BlogKawanKu & Follower

kalu betul die ni asal nye wanita... mmg aku nk ngorat.. tp bile dh tau die ni asal nye jantan... cabutt..!!!!

Jom layan entri ni http://blogmacammacamada.blogspot.com/2011/01/khas-buat-wanita-power-of-make-up.html

Eiymah Fahimah said...

cantik..xnampak lansung yang dia ni sbnarnya lelaki

Anonymous said...

Teramat cantik! Teramat jelita!
Perempuan yang paling cantik pun belum tentu menandingi kecantikan Nong Poy ni....
Sebagai lelaki, aku pun kagum dengan kecantikannya yang asli....

Gago said...

Nak nampak ciri2 jantan langsung, tapi x baik ubah ciptaan tuhan

kOtAk^mAgiKa said...

ayunya..hehe..jenuh mcm ni..sampai alat kelamin pon leh dibuat..payah nak beza yang asli ka x..hehe

http://kotak-magika.blogspot.com/

Myiesha said...

huhuhu..cantik betul lelaki ni..sebiji pempuan..

Reen Tart Nenas said...

chantek hoke. lagi chantek dari saye yg pompuan nie... hermmm

Nadzirah said...

haha. tercabar seyh. cantik sangat-sangat. *pengsan*

Bila Ku Kata Cinta... said...

perghh...soooo cutey

if tk bgtau td..sah2 kite igt dia pompuan tulen

budak awam said...

cantik la muka dia..
siam kn? sebab nama cam siam jew..
pondan2 kat siam mmg lawa2..
cantik mmg cantik..
tp tiada kelembutan pd wajahnya.. eceh! :P

CIK HUJAN ;) said...

Cantik ;)
Tapi kalau die jadi lelaki pun hensem ;)