Follow us please..

Saturday, April 2, 2011

5 BAKA ARNAB YANG PALING FAMOUS

Kali ini XO mahu kongsi pengetahuan dengan para pembaca semua tentang baka arnab (yang famous sahaja, ada lagi banyak baka lain). Bagi XO, baka-baka ini lah yang paling comel dan rare. XO suka-suka kongsi sahaja (hehe..).

Holland Lop Rabbit
Ada banyak baka arnab yang telinga jatuh macam ini, tapi bagi XO, Holland Lop ini yang paling comel dengan pemukaan muka yang rata (membuatkan nampak pipinya kembang ke tepi). Harganya mencecah RM500-1500 dan keatas.

English Anggora (EA) Rabbit
Arnab baka EA ini pula terkenal dengan bulunya yang terlalu lebat dan tebal (malahan lembut dan gebu seperti kapas. Macam teddy bear kan (sampai telinga pun berbulu). Harganya mencecah RM500-1000 dan ke atas.

Giant Flemish Rabbit
Arnab ini adalah baka giant atau gergasi. Boleh membesar sehingga sebesar anjing. Biasanya arnab baka ini menjadi bekalan daging yang paling sesuai (kerana saiznya yang besar dan daging yang banyak). Harganya dalam lingkungan RM100-200.

Satin Rex Rabbit
Arnab ini adalah hasil daripada kacukan arnab baka Rex dan Satin. Arnab baka Rex terkenal dengan bulunya yang unik (lembut dan sekata seperti karpet) dan baka Satin pula terkenal dengan bulunya yang berkilat (seolah-olah seperti sutera). Maka terhasil lah Satin Rex yang menggabungkan keduan-dua sifat ini. Harganya di dalam lingkungan RM1000-2000.

Netherland Dwarf (ND) Rabbit
Arnab baka ND ini adalah bersaiz kecil dan mempunyai telinga yang pendek. Ia lebih banyak posing duduk seperti kucing (mendada). Arnab ini sangat comel dan cute kerana saiz dan warnanya. Harganya di dalam lingkungan RM300-500.

3 comments:

nabilah_2908 said...

baka dari Holland paling comel... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
JOM UJI MINDA-JAWAPAN

Unknown said...

bosaunya!!!

Unknown said...

Nak anggora