Follow us please..

Friday, December 31, 2010

TUMBUHAN MONSTER VENUS

Pernah tak pembaca semua dengar tentang tumbuhan karnivor?  XO ada terjumpa satu tumbuhan yang di panggil ‘venus flytrap’.  Tumbuhan ini sangat istimewa kerana ia memakan serangga dan labah-labah. XO tiba-tiba rasa ingin memiliki tumbuhan ini. Bolehlah tidur malam dengan nyenyak. Hehehe.






Tumbuhan ini guna satu mekanisma pemerangkapan yang unik. Apabila sesuatu benda masuk ke permukaan atas dan tersentuh bulu-bulu ia akan perangkap benda tersebut. Tapi kalau ia tidak bergerak tumbuhan ini tidak akan menutup untuk elakkan penggunaan tenaga yang sia-sia.




Tumbuhan venus flytrap ini sangat unik bagi XO. Bila terbaca mula-mula fikir sama macam pokok semalu tetapi rupanya lain sangat. Tumbuhan ini asalnya daripada Wilmington, North Carolina. Jadi, bagi sesiapa yang terfikir ingin memiliki kena banyak keluar duit untuk import tumbuhan ini.

No comments: