Kebelakangan ini XO banyak dengar cerita tentang kawan-kawan XO ada yang sudah mula menjalinkan hubungan yang serius dan ada juga yang baru sahaja putus daripada hubungan mereka. Apa yang XO cakap ialah tentang hubungan antara lelaki dan perempuan. Jadi, kali ini XO ingin kongsi dengan pembaca beberapa fakta tentang ‘berdating’.
- Pasangan selalunya akan tunggu lima atau enam kali keluar barulah mereka mula percaya pada hubungan dan mula berfikir untuk menjadi lebih serius.
- Kebiasaannya, perpisahan atau ‘break-up’ akan berlaku diantara bulan kelima dan keenam hubungan seseorang.
- Selalunya selepas beberapa tahun bersama, salah seorang samada lelaki atau perempuan akan mula bercerita tentang perkahwinan.
- Apabila mula membuka cerita tentang perkahwinan, kebanyakkan hubungan makin lama akan menjadi lain. Lelaki samada akan terima atau akan lagi cuba elakkan kahwin. Perempuan akan mula berangan dan mendesak.
- Pada satu peringkat dalam perhubungan cinta akan ada satu peringkat pemaksaan. Tidak kisah samada lelaki ataupun perempuan. Kedua-dua sama. XO pernah Nampak dengan mata sendiri.
- Kalau bagi mereka yang susah dapatkan perempuan. Ingat, yang penting mendengar dan tengoklah mata dia. Jangan segan-segan.
- Bercinta memang menggunakan duit. Kalau tidak percaya cubalah. Mesti akan ada menggunakan duit.
- Memilih tempat pertemuan pertama yang menarik juga memainkan peranan dalam seseorang menyukai anda. Pergi ke tempat yang menarik dan tempat yang disukai, serta merta dia akan mula jatuh kepada anda.
Itu sahaja antara fakta-fakta yang XO boleh beritahu. Bagi XO, tidak kisahlah bagaimanapun hubungan anda semua yang penting sekali adalah saling mempercayai. Ini hanyalah nasihat dari seorang insan kepada insan lain. Janganlah fikir hanya hubungan anda sahaja yang paling bagus. Kita perlu fikir yang kita sentiasa dalam kekurangan. Sekian, selamat membaca dan memberi komen.
Sumber: Random Facts
No comments:
Post a Comment