Follow us please..

Friday, March 18, 2011

MAKSUD WARNA BUNGA ROS

OK kali ini XO ingin sentuh satu topic yang "jiwang" sedikit. Kepada pasangan yang sedang "kemaruk" bercinta XO percaya teman lelaki atau teman wanita anda pernah memberikan bunga ros pada "Valentine day" ataupun ulang tahun hubungan kamu. Bunga ros mempunyai 4 warna iaitu merah, kuning, putih dan merah jambu. Tetapi adakah anda semua tahu apakah rahsia disebalik warna-warna itu? Mari XO terangkan.




Bunga Ros merah bermaksud teman lelaki ataupun teman wanita kamu sangat mencintai dah ingin bersama kamu selama-lamanya.




Bunga Ros kuning bermaksud teman lelaki ataupun teman wanita kamu ingin menjadikan kamu sahabat baik. Tetapi kepada yang sedang bercinta Bunga Ros kuning ini bermaksud dirinya sedang cemburu terhadap kamu.




Bunga Ros putih bermaksud cinta dan sayang yang ada di dalam dirinya adalah cinta yang suci. Sesuci bunga ros putih ini.




Bunga Ros merah jambu bermaksud kamu adalah cinta pertamanya dan kamu adalah insan yang di nanti-nanti selama ini.

Sumber : warna

No comments: