Pembaca semua mesti suka makan McDonald, KFC, Burger King dan macam-macam lagi jenis makanan ‘junk food’ ini. XO bukan nak kata tidak boleh langsung, XO juga ada makan. Tapi apa yang XO nak katakan ialah jangan terlalu banyak makan makanan ini. Dalam sebulan 2 kali sudah cukup.
XO bukan nak memburukkan mana-mana syarikat, tapi kajian juga telah dibuat yang makanan ini dapat menyebabkan obesity, sakit jantung dan macam-macam lagi penyakit. Kita kena jaga pemakanan kita sebab selalunya penyakit terjadi kerana pemakanan salah. Tengok gambar-gambar dibawah nanti, XO ada letak sedikit graf-graf dan kandungan makanan segera ini. Pembaca boleh lihat sendiri.
XO tidak mahu pembaca semua menyesal bila mula berat badan naik dan mendapat penyakit kolestrol tinggi baru nak menyesal. Jadi, sama-samalah ingat. Sekian, salam XO.
No comments:
Post a Comment