Follow us please..

Sunday, January 16, 2011

RUMAH IDAMAN ATAS POKOK

Pernahkah pembaca semua terfikir untuk duduk diatas pokok. XO ingat masa XO budak-budak lagi, XO selalu main panjat pokok sebab berangan dapat duduk diatas pokok. Sebenarnya sudah lama wujud konsep rumah atau pondok diatas pokok. XO teringin nak ada rumah atas pokok.




Rumah pokok ini bukan boleh dibuat atas mana-mana pokok. Jangan la pula pergi buat pokok atas pokok kecil, memang akan runtuh. Selalunya pokok yang digunakan mempunyai ukur lilit batang yang besar supaya dapat menampung berat rumah dan orang. Rumah pokok hanya disokong oleh batang pokok tersebut dan ia dibina atas pokok.






Hebatnya kalau XO dapat buat rumah pokok satu. Ada juga orang yang buat rumah pokok di bahagian akar pokok. Tapi itu hanya sesuai untuk pokok yang ada ruang besar di akar. Rasanya itu sahaja yang XO dapat kongsi dengan pembaca semua, ingat yang pembinaan lestari atau ‘sustainable’ lagi bagus dari pembinaan lain. Sekian, salam XO.

No comments: