Kali ini XO ingin komen tentang seorang lelaki yang mempunyai selera yang paling hebat di dunia iaitu Adam Richman. XO tidak pernah tengok orang yang mempunyai selera yang besar seperti dia. Adam adalah seorang host cerita Man Vs Food dalam Travel Channel yang mana ia menunjukkan kepada penonton semua tentang makanan yang agak luar biasa dari segi saiznya seperti buger paling besar, lempeng paling besar, makanan paling pedas, dan hot dog terpanjang.
Adam seorang yang unik dan layak burgelar ‘perut kebal’ kerana dia boleh makan apa-apa saja jenis makanan samada pedas, sejuk, besar atau panjang. Yang XO peliknya, walau banyak manapun dia makan badannya masih tidak gemuk. Badannya tidaklah terlalu gemuk dan terlalu kurus tapi sederhana.
Bagi sesiapa yang tidak pernah tengok rancangannya, anda kena cuba lihat betapa berseleranya dia. XO rasa mesti anda terkejut. Nama dia boleh layak masuk buku rekod dunia.
Sumber : travelchannel
No comments:
Post a Comment