Follow us please..

Tuesday, January 18, 2011

PENDAKI KUDUNG


XO nak bercerita tentang seorang pendaki yang kudung sebelah tangan akibat tersepit dicelah batu semasa mendaki. Namaya ialah Aron Lee Ralston. Ceritanya bermula apabila Aron pergi mendaki di sebuah gaung di Utah, Amerika pada Mei 2003. Tangannya tersepit apabila dia melalui celah gaung. Sebuah batu besar terjatuh dan hempap tangannya. Namanya sangat terkenal dikalangan pendaki kerana dalam keadaan tangan tersepit dia dapat bertahan selama 5 hari dengan bekalan air yang sedikit dan hanya sebungkus makanan.




Akhirnya 2 hari terakhir dia terpaksa minum air kencingnya sendiri. Setelah 5 hari, dia membuat keputusan untuk memotong tangannya. Dengan hanya menggunakan pisau lipat yang tumpul. Cuba bayangkan betapa sakitnya dan lama masa yang diambil untuk memotong tangannya. Disebabkan pisau tidak cukup tajam dia terpaksa mematahkan tulangnya supaya dapat bebaskan diri. XO tak boleh bayangkan betapa peritnya rasanya. Dia sanggup melakukan untuk terus hidup.




Apabila dia sudah sembuh dari kecederaan, Aron kembali mendaki semula dan mula menjadi seorang public speaker dan menyebarkan cerita pengalaman dia. XO rasa dia seorang yang hebat sebab boleh mengatasi fobia mendakinya. Bagi sesiapa yang nak tahu lebih detail ia didokumentasikan dalam autobiografinya Between a Rock and a Hard Place dan juga filemnya yang keluar tahun lepas 127 Hours.




2 comments:

Dawa said...

nak download la movie ni. mmg suka movie2 inspiring ni. hehe

mizz_adventurer said...

Khusus kpd sume hiker n climber.. Mmg blh menaikkan semangat lps tgk muvie ni. Terbaikk.!!