Follow us please..

Saturday, January 8, 2011

OBOR-OBOR KOTAK


Pernahkah pembaca semua pergi mandi di tepi pantai dan kena sengat dengan obor-obor. XO nak kongsi sedikit dalam artikel ini tentang pengalaman XO dengan obor-obor. XO pernah kena juga sengat dengan obor-obor. Memang sakit dan pedih. Lepas XO kena sengat baru XO tahu yang ada orang pernah mati kena sengat obor-obor. Kalau semua nak tahu, obor-obor adalah binatang yang paling beracun didunia sehingga mendapat gelaran ‘worlds most venomous animal’.




warna obor-obor jernih jadi susah dikesan

Kalau pembaca semua nak tahu, kesan gatal-gatal pedih daripada kena obor-obor adalah sebab racun mereka yang boleh menyerang sistem saraf, jantung dan sel-sel kulit. Benda yang paling menakutkan ialah racun mereka boleh menyebabkan kekejangan badan atau paling teruk kekejangan otot. Mula-mula memang tidak rasa sakit tapi selepas beberapa hari akan mula rasa sakit yang teramat kalau tidak dirawat. XO juga fikir tiada apa-apa, nasib baik kawan suruh pergi rawat.





Bagi mereka yang tidak tahu, sesiapa yang terkena racun obor-obor kena secepat mungkin cari cuka dan ditekan guna kain ditempat yang kena selama lebih kurang 30 saat. Ini orang kampung ajar XO masa kena dulu. Dia kata cuka dapat hilangkan racun obor-obor.





Kebanyakkan obor-obor yang bahaya ini terdapat dikawasan perairan Asia dan Australia. XO nasihatkan kalau boleh elak lagi bagus, jangan buat-buat berani kerana racunnya boleh menghakis kulit kalau cukup lama. Jadi, berjaga-jagalah ketika mandi pantai.

kawasan obor-obor kotak

3 comments:

Taufan Ribut said...

tangkap obor2 macam spongebob...

Mknace said...

:):):) terbaeekkk!!!!

ZulkifliMN said...

obor² dekat malaysia ni kecik² je kan? Yang besar macam dalam gambar tu tak pernah lagi nampak terdampar dekat pantai..