Follow us please..

Thursday, December 16, 2010

MAGIK MARIJUANA


XO baru sahaja terbaca dekat discovery website tentang tumbuhan marijuana. Agak menarik tmbuhan ni. Pada post kali ini XO nk berkongsi sedikit maklumat tentang marijuana ini yang juga dikenali sebagai Cannabis Sativa. Penemuan pertama penggunaan cannabis ini dijumpai didalam catatan tamadun Cina dari tahun 28 SM. Maksudnya budaya China telah menanam marijuana lebih daripada 2,000 tahun yang lalu.

XO percaya pembaca semua kenal Cannabis sativa yang juga tanaman yang paling dikenali di dunia. XO selalu nampak gambar daun marijuana ini muncul dalam berita media, buku teks dan buku perubatan, dan bentuk daun ini dibuat menjadi barang kemas, menjadi pelekat bumper dan pakaian serta dilukis pada dinding. XO telah membuat sedikit penyelidikan dan didapati tumbuhan ini merupakan tumbuhan asli India. Kemungkinan ia berasal dari kawasan utara di Banjaran Himalaya. Ia boleh tumbuh sehingga 18 kaki tinggi dan ia mekar dari musim panas hingga pertengahan musim luruh. Tumbuhan marijuana mengandungi lebih dari 400 bahan kimia, 60 daripadanya dikenali dalam kategori cannabinoids dan bahan kimia kategori ini yang memberi kesan pada otak.
Bentuk daun Cannabis Sativa
Terdapat beberapa cara penggunaan marijuana oleh manusia dan cara bagaimana ia digunakan menentukan jumlah bahan kimia yang masuk ke dalam badan kita. Jadi, XO ingin senaraikan dibawah beberapa kaedah penggunaannya:
  • Rokok – juga dikenali sebagai 'joint'. Tunas marijuana yang dikeringkan digulung menjadi rokok. (10-20 peratus diserap masuk badan)
  • Cerut – dikenali sebagai 'blunt'. Sesetengah pengguna membelah bungkusan cerut, buang tembakaunya dan isi balik dengan marijuana.(20-40 peratus diserap masuk badan)
  • Paip – kemungkinan pembaca semua pernah nampak orang hisap tembakau menggunakan paip. Tetapi paip ini juga boleh digunakan untuk hisap marijuana. (40-50 peratus diserap masuk badan)
  • Bong – Bong adalah adalah bekas yang mana ia mempunyai satu tube panjang dan dihujungnya berbentuk seperti mangkuk. Ia lebih kurang seperti pasu. Air diisi untuk memerangkap asap sehingga ia dihisap. (50-70 peratus diserap masuk badan)
  • Makanan – Marijuana kadangkala dibuat menjadi makanan seperti 'brownies' atau dibancuh menjadi teh. (70 peratus keatas diserap badan)
Sebenarnya marijuana juga digunakan dalam perubatan dan juga dalam upacara penyembahan. Tetapi bagi XO penggunaannya oleh manusia untuk melalaikan diri agak menarik. Sesuatu yang selalunya datangkan kebaikan dahulu kini boleh memudaratkan kesihatan manusia. Ingat para pembaca semua, jauhi dadah. Kalau ada kelapangan lagi dan maklumat lebih tentang marijuana XO akan kongsi lagi bersama.
Rokok (Joint)
Cerut(Blunt)
Paip
Bong
Marijuana dijadikan makanan (Pot Brownies)
Sumber : HowStuffWorks

2 comments:

WeedBoys said...

nice review....
haha...
tp kalo gune as recreational drug,
bkan juz melalaikan....
kalo gune ngn care yg betol, better than than benefitnye...
hehe...

mintak izin nk gune info nih sket blh???
=]

tomato oren said...

hehehe..marijuana@ganja@canabis sativa..mmg penggunaan dia bnyk kepada rokok,means ganja yg dikeringkan akan dijadikan tembakau dimasukkan dlm rokok..minyak daripada biji ganja buat minyak ganja sapu kat rokok..haha..papehal t CPT pose pasal ganja dan syabu nnt ye..