Follow us please..

Thursday, December 16, 2010

HADIAH MENJAGA KEBERSIHAN

XO kali ini tertarik dengan satu kisah yang menarik. Kisah ini berlaku di Chengdu Cina. Kerana terlalu mementingkan kebersihan, seorang gadis remaja yang cantik membuat satu kempen tentang persekitaran. Yang menarik minat XO untuk menceritakan kisah ini adalah cara kempenya yang unik. 

Gadis ini akan mencium kepada sesiapa sahaja yang melaluinya dan dilihat membuang sampah ke tong sampah atau mengutip sampah-sampah yang terbiar di jalan. Wowwwwww XO terigin sangat melalui depan gadis ini. berulang kali lalu didepannya pun XO sanggup. XO berjanji akan mengutip sampah jika lalu didepannya.

Inilah lelaki yang bertuah

Inilah hadianya

Inilah yang dilakukan Li Xiaohe, gadis manis ini yang masih belajar di sebuah Universiti di Chengdu Cina. Menurut berita harian Cina, Li membuat kempennya ini pada 8 jun 2010. Li menjalankan kempenya ini bertujuan untuk menyedarkan rakyat diseluruh dunia tentang kebersihan alam sekitar. 

Menurut Li pada media setempat, orang melakukan sesuatu atas dasar terpaksa bukan kerana motivasi dari dalam dirinya sendiri. Li Xiaohe melakukan kempen ini kerana dia melihat banyak orang yang membuang sampah merata-rata seperti puntung rokok dan lain-lain. Dan akhirnya Li mendapat idea untuk melakukan kempenya ini. 

Wahhhhhhh hanya membuang sampah sahaja kita dapat ciuman dari gadis manis ini. Jika XO diberi peluang lalu didepan gadis ini, XO akan membawa penyapu, mop dan vakum. Seluruh kawasan itu XO akan sapu kemudian vakum dan akhir sekali XO akan Mop sampai berkilat. Pada pendapat kamu semua jika XO telah sapu, vakum dan mop apa hadiah yang gadis manis ini hadiahkan pada XO? XO akan cuba satu hari nanti.


sumber: saatnyasantai