Hari ini XO teringin bercerita tentang arnab. Bagi pembaca yang teringin bela arnab, XO akan tolong pembaca dari segi cara penjagaan arnab. Arnab adalah binatang peliharaan yang mempunyai jangka hayat yang panjang dan senang membiak. Bagi XO arnab adalah antara binatang peliharaan yang sangat comel. Tetapi, kos untuk menjaga arnab adalah tinggi. Ada beberapa perkara yang perlu pembaca ambil kira dalam memelihara arnab.
Memilih arnab yang sihat
Arnab yang sihat akan memudahkan pada masa hadapan. Bagi XO, lebih baik kita elakkan benda buruk berlaku. Jadi yang penting adalah memilih arnab yang sihat iaitu dengan melihat kepada bulu dan kondisi badannya. Pilihlah yang berbulu kemas dan badan yang sihat. Itu bermaksud arnab itu mendapat makan dan khasiat yang cukup.
Memilih kandang yang sesuai
Pemilihan jenis kandang adalah penting. Kandang mestilah mempunyai kawasan yang luas, mudah dibersih, dan yang mudah untuk arnab keluar masuk.
Pemakanan
XO ingin ingatkan pembaca yang makanan adalah yang paling penting. Pastikan arnab mendapat makanan yang cukup dan berkhasiat. Seperti yang XO kata tadi. Ini untuk mengelakkan arnab dari kena pelbagai penyakit. Waktu pemakanan dan jenis makanan arnab perlu diambil berat.
Kebersihan
Arnab perlu selalu di bersihkan. Tidak perlu selalu dimandikan, tetapi paling kurang perlu disikat dan dibersihkan bulunya dari sebarang benda asing.
Kesihatan
Nasihat penjagaan XO yang terakhir adalah dari segi kesihatan. Cari doctor haiwan yang pakar mengenai arnab dan perlu kerap pergi untuk memastikan arnab dalam keadaan sihat. Paling kurang 3 bulan sekali perlu pergi periksa. Jangan tunggu sakit baru pergi.
Akhir sekali, XO ingin tekankan yang menjaga arnab memang satu yang leceh tapi ia umpama menjaga anak sendiri. Kalau arnab pun susah nak dijaga apa lagi anak orang atau anak sendiri. Sekian sahaja. Jangan lupa ya.
Sumber: About.com
No comments:
Post a Comment