Follow us please..

Monday, December 13, 2010

RUMAH KASUT






Kali ini XO masuk ke dalam bidang arkitek. Jangan salah sangka ini bukan kasut gergasi ataupun kasut kepada 'Big Show WWE'. Ini adalah sebuah rumah. XO tak sangka kasut boleh di jadikan reka bentuk sebuah rumah. Rumah kasut ini sudah tentu pemiliknya adalah pengurus kasut terbesar didunia. Mari kita tengok latar belakang pemilik rumah ini. Nama pemilik rumah ini ialah Mahlon Haines. Beliau dilahirkan pada 1875 di Ohio, Amerika Syarikat. Beliau telah menjalankan perniagaan jual kasut dan telah berjaya membina empayar jualan kasut di Pennsylvania dan utara Maryland dengan mempunyai lebih dari 40 kedai kasut. 

Tepat sekali jangkaan XO. XO dapat bayangkan kalau Mahlon Haines adalah seorang pengembala kambing. Sudah tentu rumahnya akan berbentuk seperti seekor kambing. Wow sangat unik rumahnya itu.

Mahlon Haines meninggal pada tahun 1962 pada usia 87 tahun. Rumah itu ditinggalkan kepada para pekerjanya dan telah dijual kepada seorang doktor gigi pada tahun 1964 iaitu 2 tahun selepas kematiannya. Mahlon Haines sangat bernasib baik sebab rumahnya tidak bertukar konsep kepada bentuk gigi sebab rumah kasut ini telah kembali kepada keluarga Haines setelah cucunya membeli rumah tersebut dan sekarang rumah kasut ini dijadikan muzium  bagi menempatkan kasut-kasut yang pernah direka oleh Mahlon Haines.

No comments: