Pernah tak pembaca semua terfikir bagaimana boleh wujud makanan bijirin atau lebih dikenali sebagai ‘cereal’. Hari itu XO ade tengok di astro tentang sejarah makanan bijirin. Agak menarik cerita perkembangannya. XO akan kongsi dengan pembaca semua dalam artikel kali ini tentang makanan bijirin. Makanan bijirin pertama yang dibungkus direka di Amerika Syarikat(A.S) pada tahun 1863. Kemudian pada tahun 1879 bijirin yang dibuat daripada oat dicipta dan ia dikilangkan di Akron, Ohio. Tetapi ada juga yang telah mula jual dengan cara dimuatkan dalam kotak-kotak.
Tetapi, dua tahun sebelum itu pada 1877, adik beradik Kellogg(John Harvey Kellogg dan Will Keith Kellogg) mencipta biskut gandum, oat dan cornmeal bagi pesakit yang menghidap sakit perut di Sanitarium yang terletak di Battle Creek, Michigan. Pencapaian terulung mereka iaitu pembikinan cornflakes adalah satu kemalangan yang tidak disangka . Selepas membiarkan batch gandum direndam semalaman dan diproses, Kellogg telah mencipta kepingan gandum. Kemudian Will Keith Kellogg telah mencipta cornflakes menggunakan kaedah yang sama dan kemudian menubuhkan Syarikat Kellogg pada tahun 1906 dan membawa nama abangnya dalam saham Kellogg.
Ceritanya bersambung dengan datangnya pesaing baru pada abad ke 20. Syarikat Post berperang dengan Kellogg. Disebabkan mereka beroperasi ditempat yang sama, peperangan ekonomi berlaku dan ini menyebabkan nama mereka lagi terkenal. Akibat daripada peristiwa ini Battle Creek juga mendapat nama ‘Cereal Capital of the World’. Yang menarik perhatian XO, syarikat-syarikat bijirin juga telah memainkan peranan yang besar didalam penciptaan kemenangan A.S dalam peperangan dunia ke-2. Mereka mencipta bom-bom menggunakan bahan asas bijirin, iaitu gandum. Siapa sangka benda seperti ini boleh berlaku? Kellog dan Post sudah lama mengetahui ilmu ini kerana pernah beberapa kali kilang mereka terbakar. Pihak ketenteraan A.S juga telah meminjam pekerja-pekerja mereka untuk mengendalikan pemasangan bom kerana mereka sudah berkemahiran dalam bidang itu.
Wheat Meal |
Oat Meal |
Corn Flakes |
XO agak terkejut yang syarikat-syarikat bijirin ini banyak membantu dalam melakar sejarah dunia. Dari wujudnya makanan bijirin, kepada evolusi penggunaan makanan bijirin, dan sumbangan mereka didalam bidang ketenteraan. Siapa-siapapun akan terkejut mendengar sejarah penemuan makanan bijirin. Semoga para pembaca semua terhibur dan mendapat sedikit ilmu daripada artikel XO kali ini. Sekian.
1st!!!
ReplyDelete