Follow us please..

Saturday, March 26, 2011

BERHALA BERBENTUK KEMALUAN

Pernahkah pembaca-pembaca semua melihat berhala yang berbentuk kemaluan lelaki? Tidak pernah bukan? XO pun baru pertama kali melihat berhala berbentuk seperti kemaluan lelaki. Mari kita saksikan dahulu bagaimana bentuk berhala yang XO maksudkan ini.




Berhala ini kita dapat lihat semasa perarakan di Jepun. Pesta perarakan kemaluan ni dipanggil Kanamara Matsuri iaitu sebuah adat turun temurun orang Jepun keturunan Shinto yang kerap dibuat setiap tahun. Pesta ini dibuat untuk meraih kutipan untuk bantuan penyakit Aids dan virus HIV. Selain dari tu, pesta perarakan ni berfungsi sebagai kempen kesedaran bagi mengelakkan STD (sexual transmitted diseases).

Sedikit sejarah ataupun mitos tentang pesta perakan kemaluan ini. Ianya bermula apabila di sebuah pekan orang Shinto dipenuhi dengan ramai pelacur. Pelacur ni wujud gara-gara orang-orang Shinto ini hidup dalam kesusahan jadi mereka yang wanita ini melacurkan diri untuk mencari duit. Akibatnya muncul lah penyakit-penyakit sexual (STD) di kalangan penduduk wanita di pekan Shinto itu. Oleh kerana kepakaran yang terhad, serta faktor penganut agama orang Jepun ini ialah menyembah matahari, bulan serta benda-benda berkait dengan alam sekitar, maka puak-puak Shinto ni mulalah menyembah berhala yang berbentuk kemaluan ini bagi mengelak bahaya serangan (STD). Mereka ingat dengan kepercayaan menyembah berhala pelik ini dapat menyelamatkan diorang dari penyakit HIV.

Sumber : Buaya-Merah

No comments: