Follow us please..

Saturday, January 15, 2011

REKOD ROTI TERPANJANG

Roti selalunya dibuat dalam bentuk yang sama dan panjang yang lebih kurang sama. Tetapi ada satu hari XO tengok tv ada tunjuk roti yang terpanjang didunia sampai masuk Guiness World Record. Punya la hebat orang yang buat roti ini.





Roti terpanjang ini dibuat di Umberto, Italy oleh 18 orang pembuat roti dalam satu malam menggunakan 2500 lbs tepung. Rotinya adalah sepanjang 3,600 kaki panjang. Sebelum ini ada orang pernah cuba membuat rekod ini di Vagos, Portugal dimana ia dibuat oleh 5 orang sahaja dan sepanjang 1211.6 meter.







Peliknya, XO terfikir macam manalah mereka membakar roti ini. Guna oven besar ke atau guna pembakar api? Yang penting mereka sudah berjaya catat rekod dunia. XO entah bila. Rekod tidur paling banyak bolehlah. Hehehe. Sekian, salam XO.

No comments: