Follow us please..

Tuesday, January 4, 2011

REKOD POKOK GETAH


Pernahkah anda semua terfikir dari mana asalnya pokok getah. Kita semua tahu bahawa di Malaysia terdapat banyak pokok getah. Tapi dimanakah pokok getah yang pertama sekali di Malaysia? Adakah ia masih wujud. Kalau anda semua ingin tahu, XO pernah melawat ke negeri Kuala Kangsar dan sendiri melihat pokok getah tertua di Malaysia dan ia masih lagi wujud. Bayangkan begitu lama masa berlalu tapi ia masih dijaga.




Pokok ini ditanam pada tahun 1877 di kawasan Bandar Kuala Kangsar dan ia tidak ditebang sebagai memperingati pokok getah pertama di Malaysia dan paling tua. Masa XO pergi dulu, Ia dipagari agar dapat dijaga dengan senang. Bagi sesiapa yang pernah sekolah di kawasan ini samada di Malay College of Kuala Kangsar (MCKK) anda mesti pernah jumpa pokok ini. Pokok ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Kangsar dan antara satu-satunya pokok yang hidup daripada sembilan pokok getah asal.





XO sangat teruja melihat pokok ini dan bagaimana ia boleh terus dijaga. XO harap banyak lagi harta-harta alam dan sejarah seperti ini dapat dipelihara. Sekian, salam XO.

3 comments:

►AdamXis◄ said...

wow...x pernah tau pasal nie...tp pernah pergi kuala kangsar...

MéuzAngelo™ XXIII said...

pokok ni la yang mengubah negara kita..
kerana pokok ni la negara kita semakin maju.. :D

Pangkah Bulat said...

hehehe... pokok ni mmg ssh sket nk perasan sebab dia btl2 sblh bgnn besar... try tanye sape2 kwn yg dok KK... msti dorg tw...