Follow us please..

Tuesday, January 4, 2011

PENSEL SEMPURNA ORANG KAYA


XO terjumpa satu pensil yang paling mahal didunia dan setakat ini tiada pensil lain yang boleh tandingi harga dan kualiti pensil ini. Pensil hebat yang XO katakana ini ialah pensil Faber Castell. Produk-produk pensilnya adalah yang termahal didunia. XO ada sekali ternampak depan mata XO sendiri antara pensil yang termahal ini. ‘The Perfect Pencil’ adalah nama bagi pensil yang mahal ini dan XO sudah cukup bangga melihatnya.






XO memang tidak akan mampu membelinya sampai bila-bila. Harganya ada yang mencecah sehingga $20,000. XO sampai tergamam melihat harganya. Memang pensil yang sangat mahal. Pensil ini hanya ada 99 batang sahaja di seluruh dunia dan dua per tiga daripadanya telahpun dijual.




Siapalah yang mahu beli pensil semahal itu. Hanya mereka yang kaya raya sahaja dapat milikinya. Sudah cukup XO berangan untuk memiliki pensil itu, tiba masa XO kembali ke dunia nyata. XO hanya mampu beli pensil biasa macam gambar di bawah ini. Sekian dan salam XO.



2 comments:

suffer8zine said...

fuhhh mahal

Terkini : Khairul Fahmi Akan Berhijrah ke Manchester United

optionshift3 said...

tak pa la..tak payah pakai...amek pencil free lepaih mana-mana seminar kat hotel sudah....