XO pernah pergi ke Indonesia dan mencuba satu kopi yang sangat mahal harganya. Ini sebab kopi ini sangat sedap dan mempunyai aroma yang sangat wangi. Tetapi bila anda semua tahu bagaimana ia diproses mesti tidak mahu minum lagi.
XO panggil kopi ini sebagai kopi taik, nak tahu kenapa? Sebab ada seorang kawan XO cakap yang ia dibuat dengan taik. XO pun cari di internet tentang kopi luwak. Memang betul!! Kopi ini diproses dengan seekor haiwan berupa kucing dan musang dipanggil Luwak. Bila Luwak makan biji kopi mentah ia tidak dapat dihadam, secara semulajadi ia akan diproses didalam perut mereka dan menjadi cukup masak. Disebabkan biji ini tidak dapat dihadam, ia akan keluar balik dalam taik Luwak. Yuks!!!
XO tidak terkata bila dapat tahu. Makan gula getah banyak-banyak pun tiada guna. Sudah minum dan jadi air kencing. Tapi, memang sedap kopi luwak ini. Hehehe, apa kata anda semua pula cuba. Mesti rasa sedap dengan aroma yang harum. Cukuplah sekali XO cuba. Sebab itulah kenapa XO panggil ia kopi taik.
Sumber : Bootsnall, kopiluwakcoffee
1 comment:
geli gelemen la ehh..
Post a Comment