Follow us please..

Thursday, January 6, 2011

BERAKHIR PENUH TANDA TANYA

Kali ini XO memaparkan 11 jenis haiwan yang telah pupus. XO rasa sedih dan rindu pada haiwan-haiwan ini. Mengapa mereka diancam kepupusan? Siapa yang bertanggungjawab? Jomlah layan!!!

Tyrannosaurus Rex
Merupakan karnivor terbesar yang dianggarkan 43.3 kaki panjang, 16.6 kaki tinggi dan seberat 7 tan. Telah pupus sekitar 65 juta tahun yang lalu.



Mammoth
Mammoth telah hidup di antara 4.8 juta sehingga 4,500 tahun yang lalu. Tidak seperti gajah sekarang, mamoth adalah lebih besar. Spesis Mammoth yang paling besar ditemui di China iaitu Songhua River Mammoth (Mammoth Sungari) yang mencapai tinggi 5 meter (16 kaki). Mammoth biasa mempunyai berat daripada 6-12 tan. Namun, kebanyakan rangka Mammoth yang ditemui menggambarkan Mammoth mempunyai saiz lebih kurang Gajah Asia biasa.




Sabertoothed Cat
Haiwan ini adalah di dalam keluarga kucing dan mempunyai saiz lebih besar daripada singa. Ia dianggarkan pupus 11,000 tahun yang lalu. Rupa bentuk luaran sama seperti singa Afrika, tetapi ia mempunya taring yang panjang sehingga terkeluar daripada mulut dan ekor yang lebih pendek.



Irish Elk
Irish Elk dianggarkan pupus 7,700 tahun yang lalu. Ia adalah spesis rusa paling besar yang pernah hidup di dunia. Saiz haiwan ini adalah 2.1-3.65 meter tinggi dan berat sekitar 40 kg. Rangka haiwan ini ditemui di Lake Baikal, Ireland.




Cave Lion
Cave Lion dianggarkan pupus 2,000 tahun yang lalu. Ia sama sahaja seperti singa yang ada sekarang ini, Cuma ia 8-10 peratus lebih besar daripada singa sediada sekarang ini. Saiznya adalah 1.2 meter tinggi dan 2.1 meter panjang. Rangka haiwan ini telah dijumpai di Siegsdorf, Jerman.



Dodo
Burung Dodo yang terakhir telah dijumpai mati pada 1581. Saiz burung ini adalah 1 meter tinggi dan 20 kg berat.  Burung ini berasal daripada kepulaun Mauritius dan berasal daripada keluarga Merpati. Ia pupus disebabkan ancaman manusia dan haiwan ternakan setelah manusia menduduki pulau tersebut.



Aurochs
Aurochs telah pupus pada tahu 1627. Ia adalah spesis telah pupus yang paling dikenali di sekitar benua Eropah. Ia datang daripada keluarga lembu, tetapi saiznya 2 kali ganda besar daripada lembu biasa dan tanduknya lebih panjang dan melengkung. Saiznya boleh mencapai 2 meter tinggi dan 1 tan berat.



Steller’s Sea Cow
Haiwan ini telah pupus pada tahun 1768. Haiwan ini berada di dalam keluarga Serinia (di dalam keluarga dugong dan manatees). Haiwan ini boleh membesar daripada 8 sehingga 9 meter dan seberat 24.3 tan.



Great Auk
Great Auk telah pupus sejak tahun 1844. Burung ini berada di dalam spesis penguin. Saiz burung ini adalah 75 cm tinggi dan 5 kg berat. Paling akhir ditemui ialah di Canada dan Great Britain.



Thylacine
Thylacine ataupun lebih dikenali sebagai ‘Tasmanian Tiger’ telah pupus sejak tahun 1936. Haiwan ini adalah haiwan asal Australia dan New Guinea. Haiwan ini seperti anjing atau serigala tetapi ia mempunyai belang harimau pada sebelah belakang badannya.




Caspian Tiger
Caspian Tiger atau nama lainnya Persian Tiger telah pupus sejak tahun 1970. Haiwan ini boleh dijumpai di Iran, Iraq, Afghanistan, Turkey, Mongolia, Kazakhstan, Caucasus, Tajikistan, Turkmenistan and Uzbekistan sebelum kepupusannya. Ia adalah spesis harimau yang ketiga terbesar di dunia. Ia lebih besar daripada harimau Asia dan Afrika dan bulunya lebih tebal. Ia boleh membesar sehingga 240 kg.


Banyak lagi haiwan yang pupus tetapi tidak XO bongkarkan, kalau hendak tahu bolehlah buat research di wikipidea.

No comments: