Follow us please..

Sunday, December 12, 2010

MANUSIA ALBINO


Hari ini XO ada satu cerita yang agak pelik. Para pembaca mungkin pernah mendengarnya. XO ingin berkongsi pengalaman XO tentang manusia albino. Dua hari lepas, XO pergi melawat kawan di hospital, kebetulan XO terjumpa dua orang adik beradik albino. Memang jarang kita nak jumpa kejadian ini di malaysia. XO sempat bertegur dengan dua beradik ini dan tanya macam-macam dengan mereka. Mari XO kongsi sedikit maklumat dengan para pembaca.

Manusia yang menderita albino akan mengalami kekurangan berikut:
  • Sangat peka terhadap cahaya matahari, atau lampu yang terang dan kuat.
  • Sukar melihat benda yang jauh, atau jarak penglihatannya terbatas.
  • Kulitnya sangat peka terhadap sinar matahari, dan boleh terbakar dan melecur seperti kena api.



Albino ini boleh dianggap sebagai penyakit yang agak bahaya bagi manusia. XO bertanya pada dua beradik bagaimana mereka boleh pergi ke merata tempat dengan keadaan sebegitu. Rupa-rupanya mereka menggunakan 'sun screen' untuk mengelak daripada melecur.

Betapa kesiannya mereka kena lalui semua dugaan. XO kalau boleh ingin tolong,tetapi apa kan daya. XO akan post lagi cerita menarik tentang penyakit pelik mausia. Sekian, jumpa lagi..

No comments: