Follow us please..

Wednesday, December 22, 2010

KARYA SENI CHEW GUM

Kali ini XO ingin berkongsi kepada pembaca-pembaca tentang hasil karya seni dari Chew Gum. Kita semua selalu mengunyah Chew Gum tetapi tidak tahu daripada Chew Gum itu boleh menghasilkan satu karya seni. Menarik! Manusia zaman sekarang cukup kreatif pemikiranya. Mari XO ceritakan hasil karya seni itu.





Kreatif sungguh lelaki ini. Namanya ialah Ben Wilson. Ben Wilson sebenarnya pelukis dari London. Kerjanya ialah melukis pada gula-gula getah yang melekat di atas jalan. Menurutnya lagi, terdapat lebih kurang 300,000 serpihan gula-gula getah yang melekat dekat laluan pejalan kaki di bandar Oxford. Nasib baik Chew Gum yang bersepah di jalan. Cuba kamu bayangkan jika najis-najis yang bersepah di atas jalan. Persoalannya adakah Ben Wilson akan melukis pada najis-najis itu atau menghasilkan karya seni yang lain? jawapannya hanya ada pada Ben wilson sahaja. XO cuma bagi idea yang tidak seberapa bernas ini. 

Bagaimana pun XO kagum dengan Ben Wilson kerana idea dan pemikirannya yang kreatif. Sekali gus Chew Gum yang bersepah di jalan itu pada awalnya nampak geli atau pengotor tetapi sekarang dengan ada nya Ben Wilson, ia kelihatan menarik.

Ini adalah hasil seni Ben Wilson















Sumber : azizbos

3 comments:

Kepala Manchiss said...

nice...

Dawa said...

mmg xde kerje btol mamat ni. huhu. ni kt siam kot. ada tulisan siam tu. hehe

pendekar laut said...

macam ni baru sedap mata memandang..haha