Follow us please..

Tuesday, December 21, 2010

ANJING BUNUH DIRI SETELAH DIMARAHI TUANNYA


Di Beijing satu anjing ‘ Mastiff ' Tibet di Hangzhou, ibu kota Provinsi Zhejiang, menggigit lidahnya sendiri dan menemui ajal setelah dipukul oleh tuannya. Tuannya, yang bernama Pan, memukul anjing tersebut karana bergaduh dengan anjing lain, dengan tujuan memberi anjing itu pengajaran. 

'Saya merasa sangat menyesal,’ kata Pan setelah kejadian itu. ‘Teman saya yang telah memelihara anjing Mastiff Tibet selama 20 tahun memberitahu saya bahawa haiwan tersebut adalah raja kepada semua anjing dan memiliki rasa kebanggaan diri yang sangat kuat.’

' Jika anda memukul anjing Mastiff di hadapan anjing lain, haiwan itu  akan merasa malu dan akan bunuh diri untuk mempertahankan martabatnya,' katanya.

Waaaaaahhhhhh XO ingatkan manusia sahaja yang ada sifat mementingkan martabat dan egonya. Haiwan pun ada juga sifat sebegini. Yang bezanya manusia tidak bunuh diri jika dirinya di malukan dikhalayak ramai. XO nasihatkan kepada pembaca-pembaca blog ini jangan contohi sifat anjing Mastiff ini. Martabat, ego dan nama tidak penting pun. Yang penting terima nasihat, teguran dan pandangan orang lain. Kerana mereka yang melihat diri anda. 

sumber : beritaunik

3 comments:

forbidden said...

heheh.... hurmmm igtkan org je tau ego2 ni...

elly said...

kesiannn anjing tu..

Wak! said...

kalau la anjing tu manusia....