Follow us please..

Monday, January 3, 2011

BIASA TAPI BISA

XO ada satu cerita menarik ingin kongsi dengan pembaca semua. Artikel ini menceritakan tentang bunga ‘chrysanthemum’ yang pada zahirnya Nampak seperti bunga sahaja. Sebenarnya, terdapat banyak kegunaannya. Sedang XO mencari ilham untuk artikel, XO terjumpa fakta yang sangat menarik.

Bunga ini digunakan untuk membuat teh, seperti pembaca semua sedia maklum. Tetapi XO baru tahu ia juga boleh dijadikan arak seperti yang orang cina selalu lakukan. XO pun agak terkejut mendengarnya.





Bunga ini juga orang guna untuk hiasan seperti untuk perkahwinan dan majlis-majlis.




Yang ini XO terkejut, bunga ini rupa-rupanya boleh dijadikan racun. Ia mempunyai toksik di bahagian kelopak bunganya. Ia juga kadang-kadang digunakan untuk menghalau arnab, serangga dan makhluk perosak. Ia juga digunakan dalam bidang perubatan.






Tetapi yang XO paling minat adalah fakta yang bunga ini dapat membantu mereka yang ada rumah dikawasan udara tercemar. Ia boleh mengurangkan pencemaran udara didalam rumah. Jadi, rumah anda akan sentiasa mempunyai udara segar. XO sudahpun menanamnya di halaman rumah, anda bila lagi? Hehehe.

1 comment:

aye-na said...

macamana nak tanam bunga chrysanthimum? thanks for sharing..tak tau pulak, byk btl ye kegunaan bunga ni..